Wednesday, 23 September 2015

Chado, The Hedgehog!

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Haaa. Baca dah tajuk atas tu. Ok hari ni aku nak citer sikit la pasal pet aku si Chado ni. Ni ha diaa,

Say hiiii!


 
Eh ni bukan landak tau. Bukan jugak adik beradik, sepupu sepapat atau bau2 bacang. Menatang ni nama dia hedgehog @ landak mini. Aku malas nak citer asal usul dia so korang baca la sendiri kat sini hedgehog

Aku bela Chado ni dalam 3 bulan dah tapi dia still garang oii. Pantang aku nak pegang, dia hissing kat aku. Sedar sikit woi, aku yang bagi makan kau selama ni. cisss. Menatang ni kene dijinakkan time baru lahir lagi sebenarnya. Barulah bila dah besar nnti kau bleh belai2, gosok2 peyut dia. Tapi tulaa owner lama dia kurang beri kasih sayang. Tu Chado jadi garang. Lama jugak nak bagi jinak bila dah besar camni. 

"Chado malu laaa. Jangan kacau."

"tapi bab makan Chado tak malu.hihi."

Masa first aku pegang dia kan, sakit wooo. Duri dia tu tajam weh. Aku ingat tu aksesori je. Aduii. Tapi lelama pegang dah tak rasa apa. Aku tengok youtube cara nak jaga, nak pegang, nak mandikan, nak bagi jinak semua tu. So far ada perubahan la. Dia dah bagi aku belai tangan ngan kaki je la setakat ni. Peyut buncit belum berjaya di teroka. Time mandi je baru dia bagi pegang perut.

Oklaah. Next time i'll tell more about Chado. Untill then. Tataa.

Saturday, 19 September 2015

Happy First Post!

-Assalamualaikum and Selamat Sejahtera-


Gigih tau pakai lipstik, belit shawl. Mohon appreciate.

Weehoo. Akhirnya impian nak buat blog baru tercapai jugak. Dah lama sebenarnya nak 'pencen'kan blog satu lagi. Tapi apakan daya, banyak sangat memori. Tapi terpaksa delete jugak. Why?? hehehee. Sebab aku rasa tersangatla tak matured time buat blog tu. (sekarang dah matured ke --,--). Buat malu je kalau bakal mak mertua baca. ahak ahak.

So azam blog baru aku ialah:-
    - Tiada lagi bahasa2 kesat lagi maha dahsyat. (InsyaAllah)
    - Blog sentiasa diupdate
    - No more immatured posts like before

Tu je yang sempat aku fikir for now. Until next time.